Dengan Nama TuhanKu Allah swt . Syukur kehadrat Ilahi atas anugerahMu. Dikurniakan rezeki menunaikan impian ku sebagai hambaMu Allah . 4 Ogos 2018 / 22 Zulkaedah 1439 H bertolak ke Jeddah menaiki pesawat MAS.
Kenangan ketika berangkat ke Tanah Suci dihantar keluarga dan rakan tercinta.
Sampai di Makkah terus menunaikan Rukun Umrah. Bermiqat dlm pesawat ketika melintasi Qarnul Manazil. Sampai di Makkah kami Tawaf di depan Kaabah walaupun jemaah sangat ramai ketika itu jam sekitar 11.30 mlm . Selesai tawaf keliling kaabah 7x disusuli dgn solat sunat tawaf 2 rakaat . Kemudian saya bersama makcik Rosiah dan makcik Sharifah menunaikan Saei pula berjalan dari Bukit Safa ke Marwah 7 x. Alhamdulillah selesai Saei kami bertahallul iaitu menggunting sedikit rambut. Maka selesailah Umrah pertama bagi bakal jemaah Haji .Alhamdulillah. Syukur. .
Alhamdulillah. Mengisi masa ke Masjidil Haram. Syukur tercapai juga impian mendekati Kaabah ketika musim Haji ini. . Walaupun jemaah ramai. Kami dtg ke masjid sebelum subuh dan selesai solat subuh mengintai peluang mendekati kaabah. ..Alhamdulillah dpt mendekati dinding Kaabah. .masuk dlm kws Hijr Ismael dan dapat memegang dinding kaabah. Alhamdulillah.
Merakam kenangan ketika di Masjidil Haraam.
Ziarah dan meneroka kota Makkah sementara menunggu hari wukuf pada minggu akhir bulan Ogos.































No comments:
Post a Comment