Thursday, March 3, 2011

Kenangan di USM (92-96)


Detik bersejarah lagi dalam hidupku. Alhamdulillah ku menerima ijazah akhirnya. Sejarah diri dan keluarga, moga dimurahkan rezeki. Amin

Sunday, February 20, 2011

Al-Fatihah Buat Guru Quran ku...


Al-Fatihah ku panjatkan untuk Guru Quranku...Nenda Fatimah Salleh yang telah kembali kerahmatullah pada Sabtu 19 Februari 2011 bersamaan 16 Rabiulawal.
Moga Allah swt menempatkannya di kalangan ahli-ahli syurga.

Dengan didikanmu, aku mengenal huruf-huruf dan seterusnya mampu membaca dan mengamalkan Quran, begitu pentingnya sumbanganmu mencelikkanku hingga mampu ku meneroka dan mengamal ayat2 Quran.

Ilmu dan didikanmu jadi peninggalan yang akan ku sebarkan untuk kesejahteraan umat lain. Moga tinggalan ilmumu mendapat keberkatan.

Doaku sentiasa mengiringimu, moga rohmu sejahtera. Amin

Sunday, January 9, 2011

Mukadimah

Tahun 2011 ini saya mengajar Kesusasteraan Melayu STPM kertas 1 dan 2 untuk Tingkatan 6AK5. Kelas yang saya telah ajar sejak tingkatan 6 rendah lagi. jadi tugas ini satu kesinambungan meneruskan tugas mempastikan pelajar kelas ini mememahami ilmu2 sastera dan sebaiknya meminati bidang sastera.

Saya juga perlu menyambung khidmat mengajar Sejarah kertas 1 iaitu Tamadun kepada pelajar 6AK3. Azam saya supaya pelajar kelas ini lebih meminati bidang ini dan menguasai ilmu2 yang bakal dipelajari.

Bagi tahap Spm pula saya dipetanggungjawab mengajar satu kelas baru iaitu tingkatan 4S1. Pastinya pelajar kelas baik ini tidak sukar untuk menguasai ilmu baru, tapi bersiap-sedia degan cabaran menarik minat mereka untuk belajar satu subjek yang sarat dengan fakta. Moga P & P menyeronokkan.

Azam saya untuk mempertingkatkan tugas saya dalam semua aspek, sama ada teknik, penyampaian, bimbingan dan tindakan susulan.

Semoga berjaya.