Thursday, November 29, 2018

KEMBARA SUCI MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE5. ALLAHU AKBAR AGUNGNYA ANUGERAHMU

Dengan Nama TuhanKu Allah swt . Syukur kehadrat Ilahi atas anugerahMu. Dikurniakan rezeki menunaikan impian ku sebagai hambaMu Allah . 4 Ogos 2018 / 22 Zulkaedah 1439 H bertolak ke Jeddah menaiki pesawat MAS.


Kenangan ketika berangkat ke Tanah Suci dihantar keluarga dan rakan tercinta.



Sampai di Makkah terus menunaikan Rukun Umrah. Bermiqat dlm pesawat ketika melintasi Qarnul Manazil. Sampai di Makkah kami Tawaf di depan Kaabah walaupun jemaah sangat ramai ketika itu jam sekitar 11.30 mlm . Selesai tawaf keliling kaabah 7x disusuli dgn solat sunat tawaf 2 rakaat . Kemudian saya bersama makcik Rosiah dan makcik Sharifah menunaikan Saei pula berjalan dari Bukit Safa ke Marwah 7 x.  Alhamdulillah selesai Saei kami bertahallul iaitu menggunting sedikit rambut. Maka selesailah Umrah pertama bagi bakal jemaah Haji .Alhamdulillah. Syukur. .






Alhamdulillah. Mengisi masa ke Masjidil Haram. Syukur tercapai juga impian mendekati Kaabah ketika musim Haji ini. . Walaupun jemaah ramai. Kami dtg ke masjid sebelum subuh dan selesai solat subuh mengintai peluang mendekati kaabah. ..Alhamdulillah dpt mendekati dinding Kaabah. .masuk dlm kws Hijr Ismael dan dapat memegang dinding kaabah. Alhamdulillah.









Merakam kenangan ketika di Masjidil Haraam.








Ziarah dan meneroka kota Makkah sementara menunggu hari wukuf pada minggu akhir bulan Ogos.




Wednesday, June 24, 2015

Songket...warisan berzaman

 

SONGKET TRADISI MELAYU SARAWAK

Ditenun secara tradisi menggunakan alat tenunan lama yang digerakkan dengan tangan. Penenun biasanya di kalangan wanita Melayu Sarawak.

Perhtikan motif pada songket, sarat dengan corak floral di bahagian tengah sungguh halus seni tenunannya. Manakala motif Bunga tabor di bahagian  keseluruhan songket menunjukkan ketelitian penenun menghasilkannya.

Songket ini bersaiz lebar dengan bukaannya 2,5 meter dan tingginya 1,5 meter bukan saja sesuai untuk kain sampan lelaki malah boleh dijadikan kain untuk perempuan.

Telah dihasilkan lebih 50 tahun lalu..saya warisi dari mak mentua saya.

Thursday, June 12, 2014

Menelusuri bumi Indonesia

Menjejak kaki ke Indonesia bersama suami dan putera2 kami. Wilayah Sambas..Singkawang..dan Pontianak kami jejaki. Saya dan anak2 pertama kali menjejakkkan kaki ke sini...bagi suamiku ini lawatan yg kedua kali.


                                          *INILAH RUPA TEKSI DI iNDONSIA- menggunakan kereta 
                                           kompak/kecil

                                          * Berada tepat di titik Khatulistiwa
                                         * Menikmati Nasi Padang - lauk2nya sungguh istimewa. Tapi harga mahal
                                            sekali Berjuta2 rupiah sekali makan.

                                          * Meja penuh dengan lauk-pauk.

Wednesday, June 19, 2013

Travelog Ke Tanah Suci

Seperti semua muslim yang lain....aku memang sudah lama mengimpikan untuk berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Baitullah yang ku tatap 5 waktu sehari di tikar sembahyang kini betul-betul ku tatap secara langsung. seakan tak percaya tarikh 3 Jun 2012 ku menjejak kaki di Masjidil Haram dan melihat di depan ku Kaabah. Subhanallah dan MasyaAllah begitu terharunya aku, gembira kerana Allah telah memberiku kesempatan dan peluang ini. Sememangnya Allah begitu menyayangi dan memahami hatiku.Alhamdulillah aku amat bersyukur...syukur yang tak dapat aku sebut dengan kata-kata...hanya Allah yang tahu.